Biarkan kami membantu anda memahami perjalanan kesihatan anda pada masa kini dan akan datang melalui Decode Your DNA pakej ujian genetik kami dan mulakan perjalanan anda menuju masa depan yang lebih sihat hari ini
Genom atau DNA anda mengandungi maklumat dan arahan yang diperlukan untuk membantu anda berkembang daripada satu sel menjadi individu seperti anda pada hari ini. Pada asasnya, ia merupakan manual operasi badan anda. Sebagai bahan binaan dan asas yang membentuk diri anda, ia mengandungi maklumat yang dikodkan secara genetik dalam diri anda. Huruf-huruf dalam genom anda bergabung dalam pelbagai cara untuk membentuk arahan tertentu. Kini, rahsia yang terkandung dalam genom anda boleh dinyahkod dan ditafsirkan melalui ujian genetik.
Ketahui cara menggunakan maklumat DNA anda untuk membina rutin pemakanan dan kecergasan.
termasuk laporan dan konsultasi dengan Doktor Saringan Kesihatan
Jumlah
747 laporanJalani saringan bagi penyakit keturunan yang mungkin menjejaskan masa depan anda.
termasuk laporan dan konsultasi dengan Doktor Saringan Kesihatan
Jumlah
1,401 laporanMembantu anda memahami dan mengawal tahap risiko kanser dan penyakit yang diwarisi.
termasuk laporan dan konsultasi dengan Doktor Saringan Kesihatan
Jumlah
1,824 laporanUjian genetik ialah satu proses mudah yang melibatkan pengambilan sampel DNA, biasanya melalui sapuan bahagian dalam pipi atau pengambilan sampel darah. Sampel tersebut kemudiannya dianalisis untuk mendapatkan maklumat tentang susunan genetik seseorang serta mengenal pasti sebarang potensi risiko kesihatan.
Ujian genetik menganalisis DNA, RNA atau protein untuk mengesan perubahan atau mutasi dalam bahan genetik seseorang bagi mengesahkan atau menolak kemungkinan keadaan genetik yang disyaki, mendiagnosis gangguan genetik atau mengenal pasti status pembawa bagi keadaan genetik tertentu.
Ujian genetik juga boleh menentukan risiko seseorang atau kecenderungan genetik untuk mengalami penyakit tertentu.
Selain itu, anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang susunan genetik anda, termasuk keturunan serta ciri-ciri yang diwarisi.
Anda akan mendapat maklumat tentang susunan genetik anda, termasuk ciri-ciri dan potensi risiko kesihatan. Maklumat ini dapat membantu menentukan pelarasan gaya hidup yang diperlukan serta pelan pemakanan dan nutrisi yang bersesuaian dengan profil genetik anda.
Pertama sekali, adalah penting untuk mengetahui dan memahami potensi risiko dan manfaat ujian tersebut serta batasannya. Anda juga perlu membaca dan memahami borang persetujuan termaklum dengan teliti sebelum menjalani ujian.
Melalui ujian genetik, anda dapat memperoleh gambaran tentang susunan genetik anda. Selain itu, keupayaan untuk mengenal pasti potensi risiko genetik membolehkan langkah-langkah pencegahan diambil.
Apakah yang perlu disediakan oleh pesakit sebelum temu janji dengan doktor saringan kesihatan terlatih atau kaunselor genetik kami?
Anda mungkin mendapat lebih banyak manfaat daripada sesi kaunseling genetik jika anda mengumpulkan maklumat tertentu terlebih dahulu. Ini termasuk mengumpulkan maklumat dan rekod perubatan mengenai diri anda dan ahli keluarga serta menyediakan senarai ahli keluarga, termasuk umur semasa atau umur ketika meninggal dunia serta punca kematian.
Walaupun maklumat ini membantu kaunselor genetik atau doktor terlatih, ia bukanlah satu keperluan. Anda masih boleh berjumpa dengan kaunselor genetik atau doktor walaupun anda tidak mengetahui banyak tentang sejarah keluarga anda.
Anda juga mungkin ingin memikirkan dan mencatatkan soalan atau kebimbangan terlebih dahulu supaya anda boleh mengemukakannya semasa temu janji.